Chris Cornell
Chris Cornell

Chris Cornell

Christopher John Cornell (né Boyle; 20 Julai 1964 – 18 Mei 2017) ialah seorang pemuzik, penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat. Beliau terkenal sebagai vokalis utama kumpulan rock Soundgarden dan Audioslave. Cornell juga terkenal dengan beberapa karya solo dan runut bunyi sejak 1991, dan sebagai pengasas dan ketua kumpulan Temple of the Dog, sebuah kumpulan penghormatan yang ditujukan khas kepada mendiang rakan karibnya Andrew Wood.Cornell dianggap sebagai salah seorang perintis pergerakan grunge 1990an, dan terkenal katalog sebagai penulis lagu, julat vokal empat oktaf beliau,[2] dan teknik vokalnya. Beliau telah mengeluarkan empat album studio solo, Euphoria Morning (1999), Carry On (2007), Scream (2009), Higher Truth (2015) dan album secara langsung Songbook (2011). Cornell menerima pencalonan Anugerah Golden Globe untuk lagunya "The Keeper", yang muncul dalam filem 2011 Machine Gun Preacher, menulis bersam dan menyanyikan lagu tema filem James Bond Casino Royale (2006), "You Know My Name". Keluaran solo terakhirnya sebelum kematiannya ialah single amal "The Promise", ditulis untuk kredit akhir filem 2016 dengan tajuk sama. Beliau telah diundi sebagai "Rock's Greatest Singer" oleh pembaca Guitar World,[3] tersenarai di tangga ke-4 dalam senarai "Heavy Metal's All-Time Top 100 Vocalists" oleh Hit Parader,[4] ke-9 dalam senarai "Best Lead Singers of All Time" oleh Rolling Stone,[5] dan ke-12 dalam MTV "22 Greatest Voices in Music".[6]Sepanjang katalognya, Cornell telah menjual 14.8 juta album, 8.8 juta lagu digital, dan 300 juta audio penstriman atas premintaan di A.S. sahaja,[7][8] dan juga sebanyak 30 juta rekod serata dunia.[9][10][11] Beliau telah dicalonkan di 16 Anugerah Grammy dan tiga daripadanya telah dimenanginya.[12][13]Cornell berdepan dengan kemurungan sepanjang hidupnya. Beliau meninggal dunia di hotelnya di Detroit pada awal pagi 18 Mei 2017, selepas membuat persembahanmya di konsert Soundgarden sejam lebih awal di Teater Fox. Kematian beliau disahkan sebagai menggantung diri.[7]

Chris Cornell

Dikebumikan Hollywood Forever Cemetery
Pekerjaan
  • Pemuzik
  • penyanyi
  • penulis lagu
Pasangan Susan Silver (k. 1990; c. 2004)
Vicky Karayiannis
(k. 2004)
Anak 3
Tahun aktif 1984–2017
Pengkarya berkait
Instrumen Vokal, gitar
Syarikat rakaman
Meninggal dunia 18 Mei 2017(2017-05-18) (umur 52)
Detroit, Michigan, A.S.
Laman sesawang chriscornell.com
Sebab kematian Bunuh diri dengan menggantung
Kelahiran Christopher John Boyle
(1964-07-20)20 Julai 1964
Seattle, Washington, A.S.
Genre